Jika pembayaran gagal atau ditolak, biasanya disebabkan oleh perkara berikut:
- Maklumat pengebilan salah atau tidak lengkap.
- Kaedah pembayaran telah luput.
- Baki kad debit tidak mencukupi atau kad kredit ditolak.
- Kaedah pembayaran telah hilang atau dicuri.
Untuk mengetahui mengapa kad debit, kad kredit, atau kaedah pembayaran lain ditolak, sila hubungi institusi kewangan anda. Google dan Apple tidak mempunyai maklumat mengenai sebab pembayaran ditolak.
Untuk menyelesaikan masalah ini, kemas kini maklumat pembayaran anda di Google Play Store atau Apple App Store yang anda gunakan.
Cara menyelesaikan masalah pembayaran di Google Play Store
- Pada telefon/ atau tablet Android anda, buka Google Play Store.
- Pastikan anda log masuk ke Akaun Google yang betul.
- Ketik Menu > Langganan.
- Cari langganan yang ingin dikemas kini.
- Pilih salah satu:
- Untuk langganan aktif, ketik ‘Urus’.
- Untuk memperbaiki kaedah pembayaran, ketik ‘Kemas kinikan’.
- Ikut arahan yang diberikan untuk mengemas kini kaedah pembayaran.
Untuk maklumat lanjut, layari Penyelesaian isu pembayaran akaun anda dari Google Play Store.
Untuk maklumat lanjut, layari Cara menambah, mengalih keluar atau mengedit kaedah pembayaran Google Play anda.
Cara menyelesaikan masalah pembayaran di Apple App Store
- Di iPhone atau iPad, buka Settings.
- Ketik nama anda.
- Ketik Payment & Shipping (mungkin perlu log masuk akaun Apple anda).
- Ketik Add Payment Method, masukkan kaedah pembayaran baharu, kemudian ketik Done.
- Ketik Edit.
- Ketik butang padam merah di sebelah kaedah lama, kemudian ketik Remove.
- Cuba buat pembelian semula.
Untuk maklumat lanjut, layari Cara untuk menukar atau mengemas kini kaedah pembayaran Akaun Apple anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan lanjut berkaitan pembayaran, sila hubungi Google Play Support atau Apple Support secara langsung untuk bantuan.