Muat turun anda perlu diperbaharui
Disebabkan perjanjian hak cipta dengan penyedia kandungan, anime yang dimuat turun hanya boleh disimpan dalam peranti anda untuk tempoh masa yang terhad. Setelah tempoh ini tamat, episod tersebut tidak lagi boleh dimainkan melainkan anda memperbaharui muat turun.
Tapi jangan risau. Jjika tajuk itu masih tersedia di Laftel dan anda ialah ahli Premium, anda boleh memperbaharui muat turun anda dengan mudah dan terus menonton secara luar talian.
Cara untuk memperbaharui muat turun:
- Tekan [Pustaka] di bahagian bawah skrin.
- Pergi ke tab [Muat Turun].
- Tekan ikon (!) di sebelah episod.
- Pilih [Perbaharui muat turun].
Tajuk tidak lagi tersedia di Laftel
Anda mungkin nampak mesej ‘Tamat Tempoh’ apabila sesuatu tajuk anime tidak lagi tersedia di Laftel. Ini biasanya berlaku apabila perjanjian pelesenan dengan penyedia kandungan tamat. Malangnya, sebaik sahaja sesuatu tajuk dikeluarkan daripada Laftel, mana-mana episod yang telah dimuat turun dalam peranti anda tidak lagi boleh dimainkan, walaupun ia telah dimuat turun sebelum tarikh pengeluaran. Ini selaras dengan dasar perlindungan kandungan kami yang mematuhi keperluan pemegang hak cipta.
Kami faham perkara ini boleh mengecewakan, terutamanya jika ini melibatkan siri kegemaran anda yang mahu ditonton semula. Ketahuilah bahawa kami sentiasa berusaha untuk memanjangkan lesen dan mengekalkan tajuk yang digemari selama yang mungkin. Namun, kadangkala kami terpaksa melepaskan kandungan tertentu atas faktor yang di luar kawalan kami.
Terima kasih atas pemahaman anda.